Tsa’labah: Ahli Badar Yang Teraniaya

VIDEO – Kisah Tsa’labah Enggan Membayar Zakat! Sejauh Mana Kebenarannya – Maulana Asri Yusoff

AUDIO – Dengar “On-line” Atau Muat Turun

Cerita tentang Tsa’labah seringkali kita dengar terutamanya bila isu tentang zakat dibincangkan. Kisah ini diceritakan dalam kelas-kelas pengajian, ceramah ugama malah juga di mimbar-mimbar khutbah Jumaat.

Ceritanya begini:

Tsa’labah (nama penuhnya Tsa’labah Bin Hatib) ialah seorang muslim yang taat di mana beliau tidak pernah meninggalkan sembahyang jemaah lima waktu bersama nabi s.a.w. Beliau amat miskin sehingga terpaksa balik ke rumah lebih awal untuk berkongsi kain dengan isterinya. Lantaran kemiskinan yang melampau, beliau meminta supaya Nabi s.a.w mendoakannya supaya diberi kekayaan. Nabi s.a.w. pada mulanya enggan mendoakan Tsa’labah atas alasan kekayaan akan mejadi fitnah kepadanya, tetapi setelah didesak, Baginda s.a.w. pun mendoakannya. Berkat doa Nabi s.a.w, kambing yang dipelihara Tsa’labah membiak dengan banyak dan cepat.

Kesibukan menguruskan ternakannya menyebabkan beliau mulai cuai dalam ibadatnya. Pada mulanya beliau tertinggal satu dua sembahyang jemaah tetapi akhirnya beliau lansung tidak berjemaah. Untuk mengembangkan ternakannya beliau berpindah ke kawasan pedalaman dan hubungannya dengan muslimin yang lain terputus.

Nabi s.a.w menghantar utusan untuk mengutip zakat tetapi beliau enggan mengeluarkan zakat malah memperlekehkan kewajipan itu. Sebelum kewafatan Nabi s.a.w beliau merasa insaf dan bertaubat serta ingin mengeluarkan zakat kepada Nabi s.a.w tetapi ditolak. Selepas kewafatan Nabi s.a.w 0beliau berjumpa dengan Khalifah Abu Bakar r.a. untuk mengeluarkan zakat tetapi ditolak oleh Abu Bakar atas alasan beliau tidak dapat menerima zakat itu kerana Rasulullah s.a.w tidak menerima zakat Tsa’labah semasa hidup Baginda.. Begitu juga di zaman permeritahan Sayyidina Umar al-Khattab r.a.

Akhirnya beliau mati dalam keadaan kufur!

Persoalannya :

Siapakah Tsa’labah ini?

Mengapa seseorang yang menyesali perbuatannya dan ingin bertaubat tidak diterima taubatnya?

Tsa’labah yang diceritakan di sini sebenarnya adalah salah seorang dari mereka yang menyertai peperangan Badar. Sebagaimana dimaklumi, ahli Badar telah dijamin syurga oleh Rasulullah s.a.w. Dengan kenyataan ini tidak timbul soal keingkaran dan seterusnya mati dalam kekufuran. Riwayat ini adalah bermotif jahat untuk memburukkan Sahabat r.a. Bila diteliti, di antara mereka yang mengaitkan Tsa’labah dengan perbuatan derhaka ini ialah Ali bin Zaid. Seorang yang dituduh sebagai penganut Syiah oleh majoriti ulama’ rijal. Kisah ini sesuai dengan fahaman Syiah yang sentiasa mencari peluang untuk memburukkan Sahabat-sahabat r.hum. (yang sebenarnya bertujuan untuk menyerang peribadi Rasulullah s.a.w juga). Kisah ini adalah salah satu senjata yang nampaknya tepat pada sasaran dan kini, ulama’-ulama’ ahli Sunnah pula mengambil tempat mempopularkan hikayat karut ini.

Persoalan kedua, mengapakah Rasulullah s.a.w menolak taubat dari seorang mukmin yang telah menyesali kesalahannya. Bukankah Rasulullah s.a.w. bekerja tanpa henti untuk menarik manusia kepada Islam dan mengingatkan mereka supaya sentiasa bertaubat. Dan adalah tidak masuk akal untuk mengatakan Rasulullah s.a.w merajuk kerana tidak ditaati bila Baginda memerintahkan untuk dipungut zakat pada pertama kalinya.

Penyebaran riwayat ini perlu dihentikan. Kepada sesiapa yang terlanjur meriwayatkannya samada melalui tulisan, ceramah atau lain-lain diharap dapat membetulkan fakta ini kepada audien masing-masing.

Sesungguhnya kepercayaan dan kecintaan kepada Sahabat-sahabat r.hum. adalah di antara paksi tertegaknya agama ini kerana melalui merekalah al-Quran dan as-Sunnah sampai kepada kita pada hari ini. Dan berwaspadalah dengan sabda Nabi s.a.w, “Sesiapa yang mencela Sahabat-sahabat ku maka sesungguhnya dia mencela ku”.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s