Umur Aishah r.ha. Semasa Berkahwin Dengan Rasulullah s.a.w

VIDEO – Perbahasan Tentang Usia Sebenar Aishah r.ha Ketika Berkahein Dengan Rasulullah (Siri 1 Dari 2) – Maulana Muhd Asri Yusoff

AUDIO – Dengar “On-line” Atau Muat Turun

VIDEO – Perbahasan Tentang Usia Sebenar Aishah r.ha Ketika Berkahein Dengan Rasulullah (Siri 2 Dari 2)

AUDIO – Dengar “On-line” Atau Muat Turun

Kertas kerja ringkas ini adalah berhubung dengan suatu isu yang sangat sensitif dan penting. Ia adalah mengenai umur Ummul Mu’minin Saiditina ‘Aishah r.ha semasa berkahwin dan mula tinggal bersama Rasullullah s.a.w. Isu ini menjadi perbahasan berlarutan di kalangan ulama’ dan penyelidik sejak dahulu.

Dalam penulisan ini, telah dikemukakan idea baru dalam isu ini dan telah menyelesaikan masalah yang penting dan selalu dipertikaikan ini, dan telah berjaya menentukan ‘umur’ sebenar Saidatina ‘Aishah r.ha. berpandukan kepada Ilmu Rijal dan pernyataan para Sahabat r.hum., ahli hadith dan ahli tafsir, termasuklah pernyataan mutlak oleh Ummul Mu’minin r.ha. sendiri.

Kertas kerja ini adalah hasil kajian Hazrat Allama Mohammad Habibur Rahman Kandhalwi (almarhum) yang dikenali sebagai salah seorang ulama yang unggul di India-Pakistan.

E-book di bawah membincangkan secara terperinci untuk membuktikan Nabi  s.a.w tidak berkahwin dengan Saidatina Aishah r.ha semasa berumur enam tahun tapi dalam usia matang. Hujah-hujah yang dikemukakan adalah sebagaimana berikut:

Hujah Pertama – Bertentangan Dengan Fitrah Manusia

Hujah Kedua – Bertentangan Dengan Akal Yang Waras

Hujah Ketiga – Tiada Contoh Ditemui Di Negara Arab Atau Di Negara Panas

Hujah Keempat- Riwayat Ini Bukan Hadis Rasulullah s.a.w.

Hujah Kelima – Riwayat Ini Diriwayatkan Oleh Hisham Selepas Fikirannya Bercelaru

Hujah Keenam – Hanya Perawi Iraq Yang Menukilkan Riwayat Ini

Hujah Ketujuh – Aishah r.ha Masih Ingat Ayat Al-Quran Yang Diturunkan Di Tahun Empat Kerasulan

Hujah Kelapan – Aishah r.ha Masih Ingat Dengan Jelas Peristiwa Hijrah Abu Bakar r.a Ke Habshah

Hujah Kesembilan – Aishah r.ha. Mengelap Luka Dan Hingus Usamah Bin Zaid r.a. Yang Dikatakan Sebaya Dengannya

Hujah Kesepuluh – Ummul Mu’minin r.ha. Turut Serta Di Dalam Peperangan Badar

Hujah Ke-11 – Aishah r.ha Menyertai Perang Uhud Sedangkan Kanak-Kanak Lelaki Berumur Empat Belas Tahun Tidak Dibenarkan Menyertai Perang

Hujah Ke-12 – Aishah r.ha Lebih Muda 10 Tahun Dari Kakaknya Asma, Dan Semasa Peristiwa Hijrah Asma r.ha Berumur 27 Atau 28 Tahun

Hujah Ke-13 – Ahli Sejarah At-Tabari Mengatakan Aishah r.ha Lahir Di Zaman Jahilliyah (Sebelum Kerasulan)

Hujah Ke-14 – Aishah r.ha. Adalah Antara Orang-Orang Yang Terawal Memeluk Islam

Hujah Ke-15 – Abu Bakar r.a Bercadang Mengahwinkan Aishah r.a Sebelum Berhijrah Ke Habshah

Hujah Ke-16 – Aishah r.ha Disebut Sebagai Gadis Dan Bukan Kanak-Kanak Semasa Dicadangkan Untuk Bernikah Dengan Rasulullah

Hujah Ke-17 – Rasullulah Tidak Tinggal Bersama Aishah r.ha Kerana Masalah Mendapatkan Mahar, Bukan Kerana Umur Aishah Yang Terlalu Muda

Hujah Ke-18 – Hadis Yang Mensyaratkan Mendapat Persetujuan Seorang Gadis Sebelum Dikahwinkan Memerlukan Gadis Tersebut Telah Cukup Umur

Hujah Ke-19 – Kebolehan Luarbiasa Aishah r.ha Mengingati Syair Yang Biasa Disebut Di Zaman Jahiliyah Membuktikan Beliau r.ha Lahir Di Zaman Jahiliyah

Hujah Ke-20 – Kemahiran Dalam Sastera, Ilmu Salasilah Dan Sejarah Sebelum Islam

Hujah Ke-21 – Keinginan Mendapatkan Anak Dan Naluri Keibuan Tidak Mungkin Timbul Dari Kanak-Kanak Bawah Umur

Hujah Ke-22- Aishah r.ha Sebagai Ibu Angkat Kepada Bashar r.a. Yang Berumur Tujuh Tahun Selepas Perang Uhud

Hujah Ke-23- Wujudkah Perkahwinan Gadis Bawah Umur Di Tanah Arab Dan Dalam Masyarakat Bertamadun?

Hujah Ke-24 – Kesepakatan (Ijmak) Umat Dalam Amalan

Baca Online atau Muat Turun E-book – Umur Aishah r.ha Semasa Berkahwin Dengan Rasulullah s.a.w

Untuk Baca ONLINE atau MUAT TURUN e-book sila KLIK –  https://tinyurl.com/y5bocw7u

Perbincangan lanjut yang terkini –

PEMBENTANGAN DI UNIVERSITI MALAYA

1- Analisis Umur Aishah Ketika Berkahwin, Neraca Riwayah Dan Dirayah – Siri 1/2 – https://youtu.be/7FyqOqNBaJA

2- Analisis Umur Aishah Ketika Berkahwin, Neraca Dirayah Dan Dirayah – Siri 2/2 – https://youtu.be/3Hvysp4zDkl

PEMBENTANGAN DI BAITUSSALAM, KUALA LUMPUR (SIRI 2.0)

Sesi 1 – https://youtu.be/UY9byCBSDTw – Sikap Ulama’ Terhadap Hadith Dalam Menangani Persoalan Aqidah Dan Hukum-hukum Agama

Sesi 2 – https://youtu.be/Xc7sjAv8vWc – Kedudukan Hadith-hadith Dalam Sahih al-Bukhari Dan Muslim Dan Apa Sikap Ulama’ Kita Dalam Berinteraksi Dengan Kedua-duanya

Sesi 3 – https://youtu.be/FEptc1q2A7Q – Umur Aisyah Ketika Berkahwin Dengan Rasulullah: Analisa Di Segi Usul Dirayah

SESI PENGGULUNGAN – Analisis Umur Aishah Ketika Berkahwin Dengan Rasulullah – Siri Akhir – Rumusan Dan Penggulungan – https://youtu.be/Lwx0Vq92WEU

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s