BENARKAH HAJJAJ SEORANG YANG SANGAT JAHAT?

VIDEO = Benarkah Hajjaj Bin Yusuf Seorang Yang Sangat Jahat

AUDIO –  Dengar “On-line” Atau Muat Turun

Al-Hajjaj bin Yusuf as-Tsaqofi seorang gabenor Iraq yang dilantik oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan pada zaman khilafah Bani Umayyah. Dalam sejarah Islam,  beliau digambarkan sebagai penguasa yang  amat zalim dan kejam bahkan seolah-olah penguasa paling kejam pernah wujud di atas muka bumi Allah ini.  Apabila timbul sahaja kisah tentang penguasa atau pemerintah yang zalim lalu terlintaslah untuk membandingkannya dengan Hajjaj bin Yusuf as-Tsaqofi.

Tetapi hakikatnya,  pentadbirannya yang keras dan berdisiplin, walaupun  dikritik oleh banyak pihak, meninggalkan jasa yang besar  kepada umat Islam, antaranya:-

• Mendaulatkan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi kerajaan.

• Menyelamatkan umat Islam yang diserang oleh kerajaan Hindu di India dengan menghantar Muhammad ibn Qasim sehingga berjaya mengukuhkan kuasa Islam di sana.

• Mengukuhkan pertahanan Islam di Turkestan dengan menghantar tentera pimpinan Qutaibah ibn Muslim sehingga menembusi sempadan negara China.

• Meluaskan empayar Islam di Eropah dengan menghantar tentera Islam pimpinan Musa ibn Nusair dan Tariq ibn Ziyad ke Sepanyol.

Hajjaj dikatakan berjasa besar kepada Islam kerana memasukkan baris kepada Al-Quran. Pada masa yang sama beliau dituduh membunuh sekian ramai orang Islam sesuka hatinya.

Apakah maksud sebenar di sebalik cerita-cerita yang saling bercanggahan ini?

Inilah agenda pereka-pereka kisah yang terdapat dalam buku-buku sejarah Islam; mereka ingin menyatakan bahawa al-Quran yang ada pada hari ini adalah al-Quran yang diragui kesahihannya kerana baris-baris yang ada dalam Quran ini adalah hasil usaha seorang yang amat jahat, pembunuh yang tidak berperikemanusian yang bernama Hajjaj!!

Ini lah fitnah dahsyat musuh-musuh Islam yang ditelan bulat-bulat oleh kita orang Islam!

Berikut ialah kitab yang menjadi tesis PhD Dr Mahmud Ziyadah dan dinamakan “Al-Hajjaj Bin Yusoff as-Tsaqofi: al-Muftara ‘alaih” (al-Hajjaj : Insan yang terfitnah) – yang bakal mengubah persepsi anda terhadap insan yang banyak berjasa ini:

http://www.mediafire.com/?96yoa7mv7bzccup

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s