Harun Al-Rasyid Bukanlah Khalifah Yang Suka Berfoya-foya!

Ramai orang percaya bahawa khalifah Bani ‘Abbas, Harun al-Rasyid adalah seorang yang suka berseronok-seronok dan berfoya-foya, hidup dalam gemerlipan kehidupan.

Tetapi sebenarnya, tidak. Kehidupan Harun al-Rasyid amat berbeza dari yang digambarkan. Beliau adalah Abu Ja’far, Harun bin al-Mahdi, Muhammad bin al-Manshur, salah seorang khalifah Daulah Bani ‘Abbasiah di Iraq, yang lahir tahun 148H.

Beliau menjadi khalifah menggantikan abangnya, al-Hadi pada tahun 170H. Beliau merupakan khalifah yang paling baik, dan raja yang paling agung pada waktu itu. Beliau menunaikan haji setahun dan berperang pada tahun berikutnya. Sekalipun sebagai seorang khalifah, beliau masih sempat sembahyang sehingga seratus rakaat setiap hari. Beliau tidak meninggalkan hal itu kecuali bila ada uzur. Beliau juga selalu bersedekah 1000 dirham setaip hari dari harta peribadinya.

Beliau adalah seorang yang mencintai ilmu dan para penuntut ilmu, mengagungkan kehormatan Islam dan membenci debat kosong dalam agama dan membenci ungkapan-ungkapan yang bercanggah dengan Kitabullah dan as-Sunnah an-Nabawiyyah.

Beliau mengerjakan umrah di bulan Ramadhan tahun 179H, dan terus dalam pakaian ihram sehingga musim haji. Beliau berjalan kaki dari Mekkah ke padang Arafah.

Beliau berjaya menakluki kota Hiracle dan mengerahkan pasukannya ke bumi Rom sehingga tiada seorang pun orang Islam yang menjadi tawanan kerajaan Rom. Beliau mengirimkan pasukannya yang kemudian menakluki benteng Cicilia, Malconia dan Cyprus, lalu menawan penduduknya yang berjumlah 16,000 orang.

Harun al-Rasyid wafat dalam usia 45 tahun atau 46 tahun dalam peperangan di Khurasan tahun 193H.

Semoga Allah merahmati Harun al-Rasyid.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s