Isu-Isu Kontroversi Dalam Sejarah Pemerintahan Khulafa’ Al-Rasyidin

Suasana penulisan sejarah Islam sebagai salah satu ruang pengamat, terdedah kepada semua elemen sama ada positif mahupun negatif dan amat mudah dicemari atau dikelirukan oleh pihak-pihak tertentu yang sememangnya berniat untuk memusuhi Islam. Perbuatan ini dilakukan juga oleh mereka yang mendakwa komited dengan Islam tetapi tidak sedar bahawa dalam masa yang sama mereka sebenarnya sedang menjadi ejen kepada golongan anti Islam. Dengan menjaja segala fakta keliru ciptaan musuh yang kononnya itulah fakta sejarah Islam yang sebenar.

Menyedari keadaan ini buku ‘Isu-isu Kontroversi dalam Sejarah Pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin ini cuba menampilkan beberapa contoh peristiwa dan isu yang melibatkan generasi terunggul daripada umat ini. Generasi yang menjadi sasaran musuh, agar para muslimin kebelakangan mudah pula memandang serong dan mencemuh mereka. Padahal mereka merupakan pewaris Nabi Muhammad s.a.w dalam usaha meneruskan risalah Islam yang suci. Penyelesaian terhadap isu-isu kontroversi tersebut dikemukakan dengan hujah-hujah dan sumber yang mu’tabar.

Bahagian pertama buku ini membicarakan latar belakang dan konsep Khilafah Islamiyah menurut mazhab-mazhab dalam Islam, termasuk juga bidang kuasa para khalifah.

Bahagian kedua menghuraikan isu perlantikan Abu Bakar al-Siddiq r.a. menjadi khalifah yang pertama. Ini berdasarkan pandangan Ahlu al-Sunnah wa al-Jama’ah dan Syi’ah yang disusuli dengan penilaian dan analisis.

Manakala bahgian ketiga pula berkisar di sekitar isu-isu yang ditimbulkan pada zaman Khalifah ‘Uthman bin ‘Affan r.a. dan disusuli dengan penjelasan sebenar kedudukan fakta yang berkaitan.

Sementara bahagian keempat pula, perbincangan tertumpu kepada situasi dalam pemerintahan Khalifah Ali bin Abi Talib, khususnya kontroversi yang berpunca dari Perang Jamal, Perang Siffin dan peranan golongan al-Saba’iyah sebagai unsur perosak, serta penilaian terhadap tokoh-tokoh yang terlibat sebagai jalan melihat kebenaran siapakah sebenarnya mereka.

Akhir sekali, dalam kesimpulan, beberapa rumusan dan saranan dibuat secara ilmiah yang dikira wajar bagi mengatasi kekaburan isu-isu keliru dan kontroversi dalam fakta penulisan sejarah Islam yang berlarutan hingga hari ini.

NOTA 1) Catatan Penulis Buku Ini:

Anda hanya dapat membaca sahaja buku ini dalam bentuk pdf. Walau bagaimana pun, ijab kabul yang berlaku iaitu peminjaman buku sahaja (saya meminjamkan kepada anda. Lebih baik lagi jika anda membeli buku aslinya).

NOTA 2) Dari Kumpulan Web Darulkautsar

  1. Pohon kita hormati kehendak penulis buku yang mulia
  2. Buku asal “Isu-isu Kontroversi Dalam Sejarah Pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin” diterbitkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka

E-BOOK – ISU-ISU KONTROVERSI DALAM SEJARAH PEMERINTAHAN KHULAFA’ AL-RASYIDIN – UNTUK BACAAN ONLINE SAHAJA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s