BENARKAH TAUBAT NABI ADAM DITERIMA KERANA BERTAWASSUL?

Oleh: Muhammad Hanief Awang Yahaya

Tawassul kepada orang yang soleh, terutamanya kepada Rasulullah s.a.w dipercayai oleh segolongan daripada umat Islam sebagai satu cara doa yang mudah dikabulkan. Antara riwayat utama yang dijadikan hujah oleh orang yang mengatakan boleh bertawassul dengan Rasulullah s.a.w. ialah bertawassulnya Nabi Adam dengan Nabi Muhammad ketika bertaubat kepada Allah s.w.t. Perkara ini telah diriwayatkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak: Continue reading

Israiliyyat – Pengenalan Dan Kaedah Pengecamannya

Israiliyyat adalah isu yang berkait rapat dengan “Tafsir Bil Ma’sur” kerana ia berkembang melalui periwayatan. Kewujudannya di celah-celah tafsiran al-Quran boleh menimbulkan bahaya tanpa disedari khususnya Israiliyyat yang bersifat merosakkan aqidah seseorang.

Dalam banyak hal ia boleh menghalang seseorang dari memahami dan menghayati al-Quran.

Isu Israiliyyat perlu ditangani menerusi pemahaman yang betul tentang zat Israiliyyat itu sendiri, pembahagiannya serta cara ataupun kaedah bagi mengenal pasti atau mengenal Israiliyyat. Untuk tujuan itu, kertas kerja ini dikemukakan.

Ianya adalah kisah atau peristiwa yang dinukilkan dari sumber Israiliyyi dinisbahkan kepada Israiliyyat iaitu Nabi Ya’qub bin Ishak bin Ibrahim. Kepadanyalah dinisbahkan bangsa Yahudi, lalu dikatakan “Bani Israil”.

Dr Zahabi, seorang ulama’ tafsir dan hadith, telah memperluaskan pengertian Israiliyyat daripada hanya berkisar tentang cerita yang bersumberkan Yahudi kepada apa jua yang dianggap tidak berasas sama ada ia berbentuk dongeng dahulu kala yang boleh jadi asalnya adalah dari sumber Yahudi atau Nasrani atau sumber-sumber lain. Oleh kerana kebanyakan cerita yang diterima bersumberkan sumber Yahudi, maka lafaz Israiliyyat lebih sesuai digunakan.

Untuk Baca ONLINE atau MUAT TURUN e-book sila KLIK –
https://tinyurl.com/y4dgzl89

PEREMPUAN TIDAK BERASAL DARIPADA TULANG RUSUK

Muhammad Hanief bin Awang Yahaya

VIDEO -Wanita Tidak Dijadikan DARI Tulang Rusuk Tetapi Dijadikan SEPERTI Tulang Rusuk – Maulana Asri Yusoff

AUDIO – Dengar “On-line” Atau Muat Turun

VIDEO – Apakah Perempuan  Dijadikan Dari Tulang Rusuk Lelaki? – Maulana Asri Yusoff

AUDIO – Dengar “On-line” Atau Muat Turun

Kita sering mendengar cerita bahawa Hawa diciptakan daripada tulang rusuk Adam. Sehingga terdapat ungkapan yang mengatakan wanita dijadikan daripada tulang rusuk supaya yang dekat dengan hati dan supaya sering didampingi serta diingati dan bermacam-macam lagi. Begitu juga, hampir semua kitab-kitab tafsir menyebutkan kisah penciptaan Hawa dan menjadi asas kepada ulama’ tafsir ketika menjelaskan maksud ayat pertama surah al-Nisa’. (Sila lihat Tafsir at-Tabari, Tafsir al-Baidhawi, al-Kahzin dan lain-lain) Continue reading

Benarkah Hawa Memujuk Adam Memakan Buah Khuldi?

Benarkah Hawa Memujuk Adam Memakan Buah Khuldi?

Muhammad Hanief Awang Yahaya

Allah s.w.t. menempatkan Nabi Adam dan isterinya di dalam syurga sebelum mereka berdua dihantar ke dunia ini. Di tempat yang indah itu, Allah s.w.t. menghalalkan kepada mereka berdua makanan-makanan kecuali buah dari satu pohon. Tipu daya Iblis menyebabkan mereka berdua memakannya lalu bermulalah kehidupan manusia di dunia ini. Continue reading