Peristiwa Hijrah Nabi S.A.W. Ke Madinah Berlaku Pada Siang Hari

Dipetik dengan sedikit ubahsuai dari buku ‘IBNU ISHAK – Peranannya dalam penyebaran fahaman Syi’ah di kalangan ummah’, karangan Maulana Muhammad Asri Yusoff.

PERISTIWA HIJRAH YANG KITA KETAHUI

Bukalah dan bacalah buku sirah dan maghazi mana sekalipun, hampir-hampir tidak akan kita temui suatu gambaran peristiwa hijrah Nabi s.a.w yang berbeza dari yang selalu kita dengar dan kita ketahui iaitu :

  • Nabi s.a.w berhijrah dari rumah Baginda s.a.w pada waktu malam.
  • Baginda s.a.w memerintahkan supaya Ali tidur di atas katil Baginda s.a.w pada malam berlakunya hijrah itu.
  • Orang-orang kafir Quraisy mengepung rumah Nabi s.a.w pada malam itu dan pada keesokan paginya barulah mereka sedari bahawa yang tidur di atas katil Nabi itu ialah Sayyidina Ali r.a. bukannya Nabi s.a.w.
  • Sambil keluar dari rumah untuk berhijrah itu Nabi s.a.w menaburkan tanah atau pasir di atas kepala orang-orang kafir yang menanti peluang untuk menyerbu rumah Rasulullah s.a.w dan dengan  itu mereka tidak sedar lagi bilakah Rasulullah s.a.w. keluar dari rumah Baginda s.a.w.
  • Sambil menabur pasir atau tanah itu Rasulullah s.a.w. membaca ayat 9, surah Yasin.
  • Cadangan supaya Nabi s.a.w. dibunuh disyorkan oleh Abu Jahal dan disokong oleh seorang tua Najdi dalam mesyuarat sebelum tindakan menyerbu dan mengepung rumah Rasulullah s.a.w. pada malam hijrah itu.

Continue reading

PENILAIAN SEMULA TARIKH KELAHIRAN DAN KEWAFATAN NABI MUHAMMAD S.A.W.

VIDEO – Menilai Semula Tarikh Lahir Dan Tarik Wafat Nabi s.a.w – Maulana MUhd Asri Yusoff


AUDIO – Dengar “On-line” Atau Muat turun


AUDIO – Dengar “On-line” Atau Muat turun

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata’ala, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. serta para Sahabatnya.

Masyarakat Islam di negara kita umumnya menerima tarikh 12hb. Rabiul Awwal sebagai hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. (Maulidur Rasul ). Fakta ini perlu dikaji semula kerana didapati bercanggah dengan fakta sejarah, hadith dan sains. Continue reading

BENARKAH SAYYIDINA UMAR PERNAH MEMBUNUH ANAK PEREMPUANNYA?

Saringan dari artikel asal oleh Maulana Muhammad Asri Yusoff

VIDEO – Benarkah Sayyidina Umar Pernah Membunuh Anak Perempuannya – Maulana Asri Yusoff

AUDIO – Dengar “On-line” Atau Muat Turun

BENARKAH SAYYIDINA UMAR PERNAH MEMBUNUH ANAK PEREMPUANNYA?

Ada beberapa buah buku yang disebarkan dengan agak meluas dalam masyarakat memuatkan kisah Sayyidina Umar r.a kononnya telah membunuh seorang anak perempuan dengan menanamnya hidup-hidup, seperti buku “Sepuluh Sahabat Dijamin Ahli Syurga” oleh Muhammad Ali Quthub, terbitan Pustaka Nasional Pte. Ltd (1984), ms. 50-51. Terdapat juga dua artikel yang disiarkan di dalam akhbar Harakah. Satunya Continue reading

BEBERAPA CERITA PALSU SEKITAR PERISTIWA MUAKHAT(Antaranya Cerita Persaudaraan Di Antara Nabi s.a.w. Dan Saidina Ali)

Oleh: Maulana Muhammad `Asri Yusuff

(Saringan oleh : https://darulkautsar.wordpress.com/)

Peristiwa ‘muakhat’ ialah ikatan persaudaraan yang dijalinkan oleh Nabi s.a.w di antara Sahabat-sahabat Muhajirin dan Ansar.

Ibnu Ishaq menulis: Rasulullah s.a.w mempersaudarakan di antara Sahabat-sahabat Muhajirin dan Ansar. Maka Baginda s.a.w bersabda mengikut apa yang sampai kepada kami dan kami berlindung dengan Allah s.w.t dari mengatakan atas nama Nabi sesuatu yang tidak diucapkannya, “Bersaudaralah kamu kerana Allah dua-dua orang”. Continue reading

Kepalsuan Kisah Hindun Memamah Hati Hamzah


VIDEO – Kepalsuan Kisah Hindun Memamah Hati Hamzah – Maulana Asri Yusoff
AUDIO – Dengar “On-line” Atau Muat Turun



Dipetik dengan sedikit ubahsuai dari buku ‘IBNU ISHAK – Peranannya Dalam Penyebaran Fahaman Syi’ah Di Kalangan Ummah’ karangan Maulana Muhammad Asri Yusoff.

Sebuah kisah yang boleh dikatakan sentiasa ada di dalam buku sirah ialah kisah Hindun memamah, mengunyah atau memakan hati Sayyidina Hamzah semasa atau selepas peperangan Uhud. Continue reading

Umur Aishah r.ha. Semasa Berkahwin Dengan Rasulullah s.a.w

VIDEO – Perbahasan Tentang Usia Sebenar Aishah r.ha Ketika Berkahein Dengan Rasulullah (Siri 1 Dari 2) – Maulana Muhd Asri Yusoff

AUDIO – Dengar “On-line” Atau Muat Turun

VIDEO – Perbahasan Tentang Usia Sebenar Aishah r.ha Ketika Berkahein Dengan Rasulullah (Siri 2 Dari 2)

AUDIO – Dengar “On-line” Atau Muat Turun

Kertas kerja ringkas ini adalah berhubung dengan suatu isu yang sangat sensitif dan penting. Ia adalah mengenai umur Ummul Mu’minin Saiditina ‘Aishah r.ha semasa berkahwin dan mula tinggal bersama Rasullullah s.a.w. Isu ini menjadi perbahasan berlarutan di kalangan ulama’ dan penyelidik sejak dahulu. Continue reading

Perbahasan Tentang Usia Sebenar Khadijah r.a. Semasa Berkahwin Dengan Rasulullah s.a.w

VIDEO – Umur Sebenar Khadijah Ketika Berkahwin Dengan Rasulullah Bukan 40 Tahun – Maulana Muhd Asri Yusoff

Khadijah r.ha. berkahwin dengan Atiq bin ‘Aid Makhzumi. Daripadanya  beliau mendapat seorang anak perempuan yang juga bernama Hind. Inilah sebabnya mengapa Saidatina Khadijah r.ha. mendapat kuniah sebagai Ummu Hind. Anak lelaki Saidatina Khadijah, Hind, telah memeluk Islam. (Seerat-un-Nabi, Jilid II, m/s 402). Continue reading