Isu-Isu Kontroversi Dalam Sejarah Pemerintahan Khulafa’ Al-Rasyidin

Suasana penulisan sejarah Islam sebagai salah satu ruang pengamat, terdedah kepada semua elemen sama ada positif mahupun negatif dan amat mudah dicemari atau dikelirukan oleh pihak-pihak tertentu yang sememangnya berniat untuk memusuhi Islam. Perbuatan ini dilakukan juga oleh mereka yang mendakwa komited dengan Islam tetapi tidak sedar bahawa dalam masa yang sama mereka sebenarnya sedang menjadi ejen kepada golongan anti Islam. Dengan menjaja segala fakta keliru ciptaan musuh yang kononnya itulah fakta sejarah Islam yang sebenar. Continue reading

Benarkah Kisah Umar Pernah Dimarahi Isterinya

Dipetik daripada www.darulkautsar.net

Soalan:

Saya pernah mendengar satu kisah tentang ‘Umar bin al-Khattab r.a. dimarahi oleh isterinya. Suatu hari seorang lelaki ingin mengadu kepada Sayyidina ‘Umar tentang akhlak buruk isterinya yang sering meninggikan suara memarahinya.  Lalu lelaki tadi pergi ke rumah Sayyidina ‘Umar r.a. untuk mengadu. Sampai sahaja di hadapan pintu, beliau mendengar ‘Umar yang juga seorang khalifah ketika itu sedang dimarahi oleh isterinya.  Lalu lelaki itu berkata: “Jika demikian yang berlaku kepada ‘Umar yang merupakan Amirul mukminin, maka apa yang berlaku antara aku dan isteriku adalah perkara biasa”. Saya ingin kepastian dari ustaz adakah cerita ini benar. Sebahagian para isteri menjadikan kisah ini sebagai bukti seorang isteri boleh meninggikan suara terhadap suaminya. Sekian, terima kasih. Continue reading

Sayyidina Hassan Jaguh Seks?

Saringan dari artikel asal tulisab Maulana Muhd Asri Yusoff

Cerita Sayyidina Hasan berkahwin dan menceraikan isteri-isterinya seramai lebih dari 200 orang telah lama diketahui penulis kerana ia terdapat di dalam sesetengah buku sejarah. Kisah ini disebarkan secara meluas di kalangan masyarakat melalui tulisan, ceramah dan kuliah-kuliah. Terdapat berbeza bilangan isteri Sayyidina Hassan dalam kisah-kisah ini. Ada yang mengatakan isteri Sayyidina Continue reading

Kepalsuan Cerita ‘Aisyah Disalak Anjing Hau’ab

VIDEO –  Riwayat-riwayat (Hadith-hadith) Yang Mencela Dan Memburukkan Isteri-isteri Nabi s.a.w Atau Sahabat Baginda Adalah Palsu – Maulana Muhd Asri Yusoff

AUDIO – Dengar “On-line” Atau Muat Turun

Saringan  dari artikel asal oleh Maulana Mohd Asri Yusoff

Hampir tidak ada penulis sejarah peristiwa Peperangan Jamal tidak menghiaskan tulisannya dengan kisah Sayyidatina Aisyah r.ha. disalak anjing Hau’ab. Kisah ini bukan saja menjadi penyeri majlis kuncu-kuncu Ibnu Saba’ (Syiah) tetapi juga telah disambut baik oleh masyarakat Ahlus Sunnah Wal Jamaah; satu bukti yang kononnya menunjukkan kebenaran di pihak Sayyidina Ali dan kebatilan di pihak lawannya di dalam Peperangan Continue reading

Motif Tabarra Di sebalik Hukuman Hudud Ke Atas Anak Khalifah Umar r.a.

VIDEO – Penyelewengan Sejarah Terhadap Saidina Umar r.a – Maulana Asri  Yusoff

AUDIO – Dengar “On-line” Atau Muat Turun

Kisah Abu Syahmah, anak Sayyidina Umar r.a. menerima hukuman had (hudud) daripada ayahnya khalifah Umar r.a. kerana telah berzina adalah satu kisah yang tersebar dengan meluas sekali dalam masyarakat Islam. Ia bukan sahaja disampaikan oleh  ustaz-ustaz Continue reading

Wujudkah Peristiwa Tahkim?

Oleh Muhammad Malullah
(Terjemahan oleh Ustaz Muhammad Hanief bin Awang Yahaya)

Prakata: Peristiwa Tahkim mengikut sejarah yang kita baca ialah berlaku perebutan kuasa antara Saidina Ali dan Saidina  Mu’awiyah yang membawa mereka ke meja perundingan. Perundingan antara mereka berdua telah diwakili oleh Abu Musa al-‘Asyari bagi pihak Ali dan ‘Amr bin al-‘Ash bagi pihak Mua’wiyah. Kedua-dua perunding telah bersetuju untuk memecat Ali dan Mua’wiyah. Menurut sejarah lagi, ‘Amr bin al-‘Ash dengan kelicikannya berjaya memperdayakan Abu Musa yang digambarkan sebagai seorang yang lalai dan mudah tertipu. Akibatnya, Ali terlepas dari jawatan khalifah. Tulisan Shaikh Muhammad Malullah ini akan mendedahkan kebatilan riwayat Tahkim. Continue reading